22,531 anggota PDRM, ATM undi awal Selasa ini

Seramai 22,531 pengundi yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Selasa ini. - Gambar hiasan
Seramai 22,531 pengundi yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Selasa ini. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seramai 22,531 pengundi yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Selasa ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 11,576 individu daripada jumlah berkenaan merupakan warga PDRM Johor di seluruh negeri itu.

Ujar beliau, sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran akan disediakan bagi proses undi awal tersebut.

"Proses undi awal ini akan dijalankan di premis-premis PDRM dan ATM yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Nasihat saya bagi yang mengundi awal, sentiasa peka kepada arahan-arahan semasa daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Walaupun bergelar anggota polis, tetapi masih perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) supaya perjalanan pengundian awal ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad.

Sementara itu, menurut Kamarul Zaman, seramai 382 orang yang terdiri daripada anggota polis Johor telah mendaftar undian pos bagi PRN Johor.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my