Kurangkan karenah birokrasi: Noh

Noh (dua dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama (SMKA) Kuala Selangor yang dinobatkan sebagai sekolah terbaik pada Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato' Hormat di sini pada Ahad.
Noh (dua dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama (SMKA) Kuala Selangor yang dinobatkan sebagai sekolah terbaik pada Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato' Hormat di sini pada Ahad.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kerajaan negeri Selangor diingatkan supaya mengurangkan karenah birokrasi berhubung bantuan banjir yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada mangsa bencana itu.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, keadaan itu menyebabkan bantuan yang disalurkan kerajaan Persekutuan lambat disalurkan kepada penerima.

Menurutnya, bantuan kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir perlu melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) yang menerima maklumat daripada pejabat daerah dan tanah di negeri ini.

"Saya harap kerajaan negeri mengurangkan karenah itu. Contohnya, saya mendapat maklumat mengenai bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bestari Jaya.

"Apabila penduduk sudah hantar (permohonan bantuan) kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, pejabat daerah memerlukan pengesahan daripada ketua kampung," katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Dato' Hormat di sini pada Ahad.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, keadaan itu menyebabkan saluran bantuan kepada penduduk terjejas mengalami kelewatan.

Justeru katanya, mana-mana mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan diminta terus berhubung dengan pejabat ICU di Shah Alam untuk semakan lanjut.

"Penduduk yang masih belum menerima bantuan terus berhubung dengan ICU bagi memastikan nama mereka tidak tercicir daripada kerajaan Persekutuan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: