UMK bantu ringankan pelajar terjejas banjir

Dr Razli (tengah) dan kakitangan UMK lain turut meredah air sehingga paras lutut dan menggunakan bot untuk menyampaikan sumbangan pelajar berkenaan.
Dr Razli (tengah) dan kakitangan UMK lain turut meredah air sehingga paras lutut dan menggunakan bot untuk menyampaikan sumbangan pelajar berkenaan.
A
A
A

TUMPAT - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tampil membantu meringankan bebanan pelajarnya yang terjejas banjir dengan sumbangan kewangan dan keperluan asas, di sini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr Razli Che Razak dalam satu kenyataan berkata, sebagai permulaan, misi menghantar bantuan bermula di kediaman pelajar di Kampung Telok Jering, Tumpat.

"Lokasi kedua pula di Kampung Atas Kok, Simpangan dan seterusnya diteruskan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Boon di Rantau Panjang untuk operasi pembersihan melibatkan 60 sukarelawan UMK," katanya.

Menurutnya, misi bantuan ini diharap dapat meringankan beban mangsa banjir berikutan rumah mereka dinaiki air dan terputus hubungan.

Beliau berkata, sehingga 4 Mac, jumlah pelajar UMK yang terjejas banjir adalah seramai 41 orang dari seluruh negeri Kelantan dan Terengganu.

"Misi ini turut mendapat kerjasama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Tumpat," katanya.

Artikel Berkaitan: