Sila log masuk terlebih dahulu.

Mangsa banjir Hulu Terengganu turun kepada 678 orang

Mangsa banjir di Hulu Terengganu turun kepada 678 orang setakat jam 8 pagi Sabtu.
Mangsa banjir di Hulu Terengganu turun kepada 678 orang setakat jam 8 pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan seramai 678 penduduk masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 1,840 mangsa banjir yang direkodkan pada jam 4 petang Jumaat.

Menurutnya, semua mangsa melibatkan 232 keluarga itu ditempatkan di empat PPS yang masih aktif iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong, Balai Raya Kampung Kemat, Dewan Institut Felcra Betong dan Felcra Gunung Menerong.

"Dewan Institut Felcra Betong mencatatkan jumlah mangsa terjejas paling ramai iaitu 338 orang diikuti Balai Raya Kampung Kemat (201 orang), SK Menerong (83 orang) dan Felcra Gunung Menerong seramai 56 orang.

"Kebanyakan daerah mengalami hujan renyai dan kita jangkakan lebih banyak PPS ditutup sekiranya cuaca kekal cerah," katanya di sini pada Sabtu.

Setakat ini, Hulu Terengganu menjadi daerah tunggal yang masih terjejas banjir manakala daerah telah pulih sepenuhnya secara berperingkat sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: