Makkal Sakti akur tidak diberi kerusi

Najib (tengah) dan Thanenthiran (tiga dari kanan) ketika bertemu masyarakat dalam program 'walk-about' di pekan Sanglang, Benut, Pontian pada Sabtu.
Najib (tengah) dan Thanenthiran (tiga dari kanan) ketika bertemu masyarakat dalam program 'walk-about' di pekan Sanglang, Benut, Pontian pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) akur dengan keputusan Barisan Nasional (BN) tidak memberi mereka kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran berkata, paling penting ialah berlapang dada dan menyokong BN.

Jelas beliau, pada mulanya Makkal Sakti ditawarkan BN satu kerusi namun selepas berbincang, mereka bersetuju menyerahkannya kepada UMNO kerana lebih mengutamakan kemenangan gabungan itu berbanding berbalah atau berebut kerusi.

"Pengerusi BN ( Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Makkal Sakti akan diberi peluang untuk bertanding dalam PRN Johor iaitu satu kerusi tetapi pada saat akhir kami dapati UMNO perlukan mandat besar sebagai parti teras.

"Kerusi terhad kerana parti komponen BN, iaitu MCA bertegas mahu 15 kerusi dan MIC juga bertegas mahu empat kerusi. Jadi atas setiakawan kami beri laluan kepada calon UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melakukan 'walk-about' di pekan Sanglang, Benut, di sini pada Sabtu.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat secara bersama Pengerusi Makkal Sakti Johor, Datuk Seri Dr M Suriya.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my