Lelaki kurang siuman mengamuk

Usaha membawa turun lelaki berkenaan dari atas lori kontena.
Usaha membawa turun lelaki berkenaan dari atas lori kontena.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki dalam keadaan tidak siuman dilaporkan mengamuk di Taman Meru Indah di sini, seperti tular di media sosial pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 11. 07 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian lelaki berkenaan berada di atas lori kontena.

"Anggota bertugas meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi memudahkan pihak polis menahan lelaki berkenaan.

"Kira-kira 14 minit masa diambil bagi mengawal keadaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.29 pagi, " katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada video tular berdurasi 29 saat tersebut memaparkan pasukan penyelamat berusaha membawa turun mangsa tidak dikenal pasti identiti tersebut yang berada di atas jentera bomba.

Artikel Berkaitan: