Setia Karya iktiraf bakat seni tempatan

Peng Kang (tiga dari kanan) bergambar bersama Noorazzudin (kiri), Ashwin (dua dari kiri) dan Mei Fong (dua dari kanan) selepas melancarkan Setia Karya pada Sabtu.
Peng Kang (tiga dari kanan) bergambar bersama Noorazzudin (kiri), Ashwin (dua dari kiri) dan Mei Fong (dua dari kanan) selepas melancarkan Setia Karya pada Sabtu.
A
A
A

GEORGETOWN - Penggiat seni dan karyawan dipelawa untuk menyertai Kempen Seni Hotel Setia Karya (Setia Karya) yang dianjurkan SP Setia Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Koe Peng Kang berkata, peraduan yang dianjurkan itu bertujuan mengangkat karya artis tempatan dari semua lapisan masyarakat tidak kira profesional, amatur mahupun pelajar khususnya kanak-kanak kurang upaya.

Menurutnya, kempen seni terbabit akan memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan karya unik dan kreatif mereka di setiap bilik di Hotel Amari SPICE Penang dan Amari Kuala Lumpur di KL Eco City yang bakal dibuka tidak lama lagi.

"Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan ekonomi seni yang mampan di Pulau Pinang dengan menyediakan program yang memberi manfaat kepada artis sekali gus memupuk semangat orang ramai terhadap karya seni.

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghargai dan memupuk bakat seni tempatan sambil menyediakan platform terbaik melalui hotel kami," katanya ketika berucap melancarkan kempen Karya Seni di sini pada Sabtu.

Peng Kang mewarna logo Setia Karya sebagai simbolik kepada perasmian kempen seni yang dianjurkan SP Setia Berhad pada Sabtu.
Peng Kang mewarna logo Setia Karya sebagai simbolik kepada perasmian kempen seni yang dianjurkan SP Setia Berhad pada Sabtu.

Hadir sama, Pengurus Amari SPICE Pulau Pinang, Noorazzudin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen & Pameran Pulau Pinang, Ashwin Gunasekaran dan pemilik Geleri Seni Pulau Pinang, Cheong Mei Fong

Mengulas lanjut, Peng Kang berkata, kempen yang dianjurkan sejak tahun lalu itu telah menerima lebih 200 penyertaan dan pihaknya menjangkakan akan menerima lebih banyak lagi karya seni selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kempen berkenaan yang berlangsung sehingga 30 April depan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM252,000 selain semua karya yang terpilih akan menjadi sebahagian daripada pameran serta hiasan reka bentuk dalaman hotel.

“Tiada bakat yang akan terlepas kerana kami menyasarkan untuk mempamerkan semua karya seni di dalam bilik hotel Amari yang akan datang.

"Setiap karya seni di Amari SPICE Penang dan Amari Kuala Lumpur mempunyai cerita untuk diceritakan. Kami juga berharap lukisan bakat artis tempatan ini akan menjadi perhatian dan buah mulut pelancong yang melawat serta menginap di hotel kami,” ujarnya.

Kempen Setia Karya turut disokong Institut Seni Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia dan Galeri Seni Pulau Pinang.