Empat hala tuju pembangunan landskap negara: PM

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Sabtu menggariskan empat hala tuju yang perlu diberi perhatian, bagi pembangunan landskap negara pada masa hadapan.
Empat hala tuju itu, antaranya melibatkan usaha memperkemas sistem jaringan landskap negara, dengan keutamaan diberikan kepada perluasan penyediaan infrastruktur hijau negara, menerusi pendekatan program pembangunan landskap yang menyeluruh.
"Kedua ialah mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri landskap. Seiring dengan perubahan global, sewajarnya kita mendaya upayakan potensi industri landskap negara sebagai satu nilai ekonomi atau sebagai satu sumber pulangan dan ekonomi baharu negara.
"Ketiga ialah melindungi aset landskap Keluarga Malaysia. Satu kaedah kawalan secara perundangan diwujudkan, bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi selain pendidikan berterusan secara lebih berkesan kerana kehilangan,” katanya.