Loji nuklear terbesar di Eropah diserang

Pengawal selia nuklear di Kiev mengesahkan tiada kebocoran radiasi dikesan sekitar kawasan loji kuasa nuklear tersebut. - Foto Agensi
Pengawal selia nuklear di Kiev mengesahkan tiada kebocoran radiasi dikesan sekitar kawasan loji kuasa nuklear tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

LVIV - Loji kuasa nuklear terbesar di Eropah menjadi sasaran bedilan tentera Rusia pada awal pagi Jumaat ketika Moscow memperhebatkan kempen pengeboman ke atas bandar di seluruh Ukraine.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan kebakaran yang berlaku di kompleks latihan di kemudahan Zaporizhzhia itu berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, pengawal selia nuklear di Kiev mengesahkan tiada kebocoran radiasi dikesan sekitar kawasan loji kuasa nuklear tersebut yang kini ditawan tentera Rusia.

Sebelum pengambilalihan kemudahan tersebut, satu insiden pertempuran dilaporkan tercetus ketika tentera Rusia semakin mara ke bandar Zaporizhzhia hingga mencetuskan kebimbangan kepada negara antarabangsa jika bencana nuklear Chernobyl pada 1986 kembali berulang.

Menteri Tenaga Ukraine, Herman Halushchenko dalam satu kenyataan menggesa bantuan pihak luar untuk menutup ruang udara negara tersebut.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagaimanapun menegaskan ia tidak akan menetapkan zon larangan terbang kerana ia akan mengerahkan pesawat perikatan tersebut untuk berkonfrontasi secara terus dengan Moscow jika Kremlin bertindak di luar batasan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Rusia sengaja menggunakan 'keganasan nuklear' untuk memburukkan lagi konflik tersebut.

"Ia adalah pertama kali dalam sejarah negara ini dan sejarah peradaban menusia berlaku serangan ganas yang menyasarkan unit nuklear seperti ini. Eropah perlu buka mata.

Artikel Berkaitan:

"Jika letupan besar berlaku, ia adalah pengakhiran buat rantau ini. Hanya tindakan tegas Eropah dapat menghentikan kemaraan tentera Rusia," ujarnya. - Agensi

Info

>Kemudahan itu terletak di selatan Ukraine di Sungai Dnipro dan menghasilkan satu perlima atau kira-kira 20 peratus bekalan kuasa elektrik di negara itu.

>Daripada enam reaktor di Zaporizhzhia, satu daripadanya beroperasi dan menghasilkan kuasa, satu telah dimatikan manakala empat menjalani proses penyejukan untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panas.

>Kemudahan nuklear Ukraine telah menjadi titik kebimbangan utama komuniti antarabangsa sejak kempen pencerobohan Rusia dilancarkan pada minggu lalu.