Pantene semarakkan peranan wanita

Farah Ann dan Anggia Pulungan berharap lebih ramai wanita aktif bersukan.
Farah Ann dan Anggia Pulungan berharap lebih ramai wanita aktif bersukan.
A
A
A

SEMPENA meraikan Hari Wanita sedunia, jenama syampu terkemuka, Pantene menganjurkan kempen Braids of Strength (#WANITABESI) dengan slogan ‘Stay Strong, Stay Beautiful, Stay in Sports’.

Kempen itu antara lain mengangkat martabat wanita dalam bidang sukan.

Ini merupakan kali ketiga dianjurkan.

Bagi menghangatkan program ini, gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi telah dipilih sebagai duta kempen ini.

Selain Farah Ann, beberapa selebriti lain turut terlibat. Antaranya seperti Belinda Chee dan Sharifah Sakinah turut terlibat dalam kempen ini.

Pengarah Komersial Rambut P&G Malaysia, Anggia Pulungan berkata, berdasarkan senario semasa, penglibatan wanita dalam bidang sukan jauh lebih rendah berbanding kaum lelaki.

Data yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara Malaysia mendedahkan bahawa Malaysia hanya mempunyai 1,844 atlet wanita berbanding 2,483 atlet lelaki mengambil bahagian dalam sukan pada tahun 2018, katanya.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, pada kempen ini, Pantene menyarankan agar lebih ramai kaum wanita dapat menyertai sukan dan sentiasa kekal cantik, kuat dan bertenaga," ujarnya.

Sempena kempen itu juga, pihak Pantene akan memberikan ‘reben emas’ kepada mereka yang membeli produk Pantene di Tesco, Giant, AEON dan AEON Big.

"Dengan memakai reben emas ini, anda menikmati kemasukan percuma ke gimnasium Celebrity Fitness atau Fitness First di Malaysia. Kempen ini sah sehingga 31 Mac ini," kata beliau.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari Facebook rasmi Pantene Malaysia www.facebook.com/PanteneMalaysia/.

Tonton juga video manifesto #WANITABESI.