10 tahun tahan sabar, haiwan zoo mini 'ceroboh' kawasan rumah

Kambing dari zoo mini berhampiran yang masuk ke kawasan rumah Senyum
Kambing dari zoo mini berhampiran yang masuk ke kawasan rumah Senyum
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita warga emas tertekan dengan masalah haiwan daripada sebuah zoo mini berhampiran yang 'menceroboh' masuk ke kawasan rumahnya di Kampung Manggis, Pantai di sini sejak 10 tahun lalu.

Senyum Ujang, 70, berkata, keadaan itu menyebabkan hasil tanamannya musnah dimakan kambing dan kuda yang turut meninggalkan najis di kawasan rumahnya.

Senyum
Senyum

"Selama ini memang saya tak pernah buat aduan kepada mana-mana pihak dan hanya maklumkan kepada pemiliknya untuk diselesaikan dengan cara baik, tapi nampaknya ia masih berlarutan.

"Kemuncaknya ketika kejadian banjir yang melanda Negeri Sembilan pada Disember tahun lalu apabila berbelas ekor haiwan terbabit masuk ke kawasan rumah saya dan memakan tanaman yang ada," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Jumaat.

Tidak tahan dengan keadaan itu, anak Senyum membuat aduan kepada pihak berwajib Disember lalu, namun malangnya masalah sama masih berulang.

Hasil tanaman musnah dimakan kambing yang turut meninggalkan najis di kawasan rumah Senyum.
Hasil tanaman musnah dimakan kambing yang turut meninggalkan najis di kawasan rumah Senyum.

Keadaan itu katanya, menyebabkan kehidupannya tidak lagi tenteram dan amat berharap tindakan susulan diambil.

Artikel Berkaitan:

"Saya berhadapan masalah ini sejak 10 tahun tinggal di sini dan bagi mengelakkan haiwan ini masuk, kami membina pagar, namun ada juga haiwan yang terlepas masuk.

"Tak salah nak ada haiwan peliharaan, tapi tolonglah jaga baik-baik. Lagi pun banyak saya habiskan modal untuk tanam pokok-pokok, tapi habis botak dimakan kambing," katanya.

Jelasnya, dia terpaksa memanggil pihak akhbar kerana tidak tahan lagi dengan masalah itu yang tidak berkesudahan apatah pula telah pun membuat aduan kepada pihak berwajib.

Anak Senyum menunjukkan laluan masuk haiwan ke rumahnya.
Anak Senyum menunjukkan laluan masuk haiwan ke rumahnya.

"Dengan usia saya sekarang, saya mahu menghabiskan masa di kampung dalam keadaan aman dan tenang sambil meluangkan masa bercucuk tanam.

Namun, selagi masalah ini tidak selesai, hidup saya tidak aman," katanya.