Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd sasar 200 lembu ibadah korban

Zainol Abidin (kanan) bersama pekerjanya memberi makan kepada lembu kesayangannya di ladang ternakan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd di Jalan Sintok di sini.
Zainol Abidin (kanan) bersama pekerjanya memberi makan kepada lembu kesayangannya di ladang ternakan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd di Jalan Sintok di sini.
A
A
A

KUBANG PASU - Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd di Jalan Sintok di sini menyasarkan 200 ekor lembu terjual bagi memenuhi permintaan ibadah korban tahun ini.

Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd, Zainol Abidin Mohamad berkata, sasaran itu berdasarkan trend permintaan pelanggan yang mahu lembu tempatan kerana diyakini sihat dan terjamin status halalnya.

Katanya, dalam keadaan pandemik Covid-19 dan prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya Aidiladha

yang ketat, syarikat itu sudah menjual 100 ekor lembu untuk ibadah korban.

"Jadi pada tahun ini, melihat sambutan baik daripada pelanggan sejak awal lagi InsyaALLAH kita menyasarkan jumlah itu," katanya ketika ditemui di ladang ternakan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd di Jalan Sintok di sini.

Artikel Berkaitan:

Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan menyembelih dan melapah di ladang ternakan mereka.
Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd turut menawarkan perkhidmatan menyembelih dan melapah di ladang ternakan mereka.

Menurutnya, tempahan untuk ibadah korban sudah dibuka mulai 1 Mac lalu bagi memudahkan urusan penyediaan lembu korban.

"Pelanggan boleh menghubungi kami untuk membuat tempahan dengan kadar satu bahagian daging berharga RM750.

"Kami menerima bayaran deposit sebanyak RM200 dan kemudian pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran sehingga Hari Raya Aidiladha.

Zainol Abidin (kiri) memberi makan kepada lembu korban yang terdapat di ladang ternakannya.
Zainol Abidin (kiri) memberi makan kepada lembu korban yang terdapat di ladang ternakannya.

"Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan menyembelih dan melapah yang dikendalikan oleh petugas bertauliah dan berpengalaman," katanya.

Zainol Abidin yang juga seorang pesara guru menambah, pelanggan juga tidak perlu bimbang dengan status halal dan kualiti haiwan ternakan mereka.

Beliau turut memaklumkan, syarikatnya sentiasa memastikan lembu dan ternakan lain sentiasa sihat, mendapat vaksinasi yang lengkap dan memakan makanan daripada sumber yang halal dan bersih sahaja.

Zainol Abidin (kiri) menjual daging tempatan sejuk beku di ladang ternakannya.
Zainol Abidin (kiri) menjual daging tempatan sejuk beku di ladang ternakannya.

"Sebagai umat Islam, faktor halal sentiasa menjadi keutamaan kita apatah lagi dalam melaksanakan ibadah korban kepada Allah SWT," katanya yang turut mempunyai haiwan ternakan seperti kambing dan rusa.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini menambah, dalam usaha menangani kos makanan haiwan yang tinggi, pihaknya juga mengambil inisiatif dengan menanam rumput sendiri.

"Kami juga menggunakan pelepah sawit yang diproses sendiri untuk menggantikan dedak haiwan.

Zainol Abidin turut menawarkan daging tempatan sejuk beku yang boleh dibeli secara terus di ladang ternakannya.
Zainol Abidin turut menawarkan daging tempatan sejuk beku yang boleh dibeli secara terus di ladang ternakannya.

"Selain itu, batang jagung juga kami akan hancurkan sebelum digaul bersama gula merah. Jagung ini sangat baik kerana mengandungi protein yang tinggi dan ia menjadi kegemaran lembu di sini," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ladangnya kini dalam proses untuk menghantar bekalan daging tempatan sejuk beku ke Sarawak.

"Kami ada menerima tawaran terbabit, InsyaALLAH sekarang dalam perancangan untuk menyediakan bekalan dan mungkin akan menghantar dua kontena daging lembu ke sana pada setiap bulan," katanya.