72,348 kes pembahagian pusaka masih tertunggak

Takiyuddin pada sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Khamis. - Foto Bernama
Takiyuddin pada sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) merekodkan sebanyak 72,348 kes tunggakan pembahagian pusaka di seluruh negara setakat Disember tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan kes tunggakan tertinggi iaitu 13,423, diikuti Selangor (10,358) dan Johor (9,062).

Beliau berkata, dalam usaha menyelesaikan kes tertungggak itu, pelbagai langkah segera telah diambil kerajaan.

“Antara menggerakkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) di bawah waran perjawatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk membantu perbicaraan kes pusaka dengan kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri.

“Selain itu, mewujudkan Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka juga telah dimulakan di Negeri Kedah pada 14 Februari 2022.

“Seterusnya mengemukakan permohonan khusus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi permohonan lantikan kakitangan secara kontrak,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sabri Azit (Pas-Jerai).

Sabri dalam soalannya meminta kementeriannya menyatakan statistik kes tunggakan pembahagian pusaka mengikut negeri dan apakah langkah segera Kementerian dalam menyelesaikan masalah ini.

Artikel Berkaitan: