Kerajaan Selangor tambah baik Program Tuisyen Rakyat

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memperkasakan persenjajaran Program Tuisyen Rakyat dengan mensasarkan lebih banyak penglibatan pelajar pada tahun ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata sebelum ini, penganjuran program tersebut mendapat penyertaan seramai 6,000 orang pelajar berikutan inisiatif itu hanya dianjurkan pada hujung minggu di sekolah-sekolah atau bangunan yang disewa oleh kerajaan negeri.

Namun begitu, menerusi kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selangor pada tahun ini, beliau berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada 10,000 orang pelajar.

"Selain itu, kita juga ada penambahan satu mata pelajaran menjadikan jumlah semuanya lima mata pelajaran yang disediakan dalam program ini," katanya.

Amirudin berkata demikian bagi menjawab soalan Chua Wei Kiat (Rawang-PKR) yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri akan menggunakan kaedah baharu untuk melaksanakan program tuisyen rakyat di Selangor.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga merupakan Adun Sunga Tua memaklumkan bahawa pemilihan pelajar bagi mengikuti program itu akan dibuat menerusi data dibekalkan pihak sekolah bagi mengenalpasti golongan sasar yang layak.

"Jabatan Pendidikan Selangor akan kenalpasti jumlah pelajar dan kerajaan negeri akan cari sekolah tertentu untuk melaksanakan program ini pada waktu petang.

"Dan pelajar terlibat akan hadir ke sekolah berkenaan bagi mengikuti program tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pelaksanaan penambahbaikan baharu ini dijangka akan dimulakan pada April tahun ini.

"Dengan tambah nilai ini, ia dapat memberi manfaat kepada pelajar kurang berkemampuan di samping meningkatkan kadar purata lulus bagi pelajar terbabit,"katanya.