Liga Europa: Spartak Moscow 'tak lepas ranjau' UEFA

Aksi pemain Spartak Moscow, Victor Moses ketika bersaing dengan pemain Legia Warsaw, Yuri Ribeiro dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa di Warsaw pada 9 Disember lalu. - Foto AFP
Aksi pemain Spartak Moscow, Victor Moses ketika bersaing dengan pemain Legia Warsaw, Yuri Ribeiro dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa di Warsaw pada 9 Disember lalu. - Foto AFP
A
A
A

PERLAWANAN pusingan 16 terbaik Liga Europa antara Spartak Moscow dan RB Leipzig yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac depan dibatalkan, menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Keputusan badan induk bola sepak Eropah tersebut susulan penggantungan kelab dan pasukan kebangsaan Rusia daripada semua pertandingan.

“Perlawanan Liga Europa antara RB Leipzig dan FC Spartak Moscow tidak boleh berlangsung, dan akibatnya, RB Leipzig layak ke suku akhir pertandingan itu," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Spartak Moscow menyifatkan keputusan UEFA berkenaan sebagai sesuatu yang amat mengecewakan kelab elit Rusia tersebut.

“Keputusan UEFA mengecualikan Spartak Moscow daripada Liga Europa adalah mengecewakan. Kami percaya bahawa sukan walaupun dalam masa yang paling sukar, harus bertujuan untuk membina jambatan dan tidak membakarnya.

“Apapun Spartak Moscow akan memberi sepenuh tumpuan kepada pertandingan domestik dan berharap keamanan dapat diwujudkan secepat mungkin demi kelangsungan semua ahli komuniti yang terkesan,” jurucakap kelab tersebut di media sosialnya.

Artikel Berkaitan: