Pasukan muda negara mampu menyerlah di Kyrgyzstan

Para pemain serta pegawai pasukan hoki ais negara bersiap untuk berlepas ke Bishkek Kyrgyzstan pada awal pagi Selasa bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Hoki Ais Dunia 2022 yang bermula 3 hingga 9 Mac ini.
Para pemain serta pegawai pasukan hoki ais negara bersiap untuk berlepas ke Bishkek Kyrgyzstan pada awal pagi Selasa bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Hoki Ais Dunia 2022 yang bermula 3 hingga 9 Mac ini.
A
A
A

KETUA jurulatih hoki ais negara, Gary Tan menaruh harapan tinggi terhadap pasukan muda negara untuk menyinar dalam penampilan sulung mereka di Kejohanan Dunia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) 2022 Divisyen IV di Bishkek, Kyrgyzstan yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 9 Mac.

Biarpun menyedari perjalanan sukar menanti pasukannya, Gary masih berharap semua 20 pemainnya yang berumur 16 hingga 25 tahun itu, akan beraksi pada tahap terbaik mereka dan menampilkan saingan sengit semasa di gelanggang.

Gary juga percaya dua pemain paling muda iaitu Muhd ​​Amin Aisar Muhd ​​Fadzli Amin dan Austin Goh Chu Shern, kedua-duanya berusia 16 tahun, akan memainkan peranan penting dalam pasukannya.

"Pemain muda seperti Aisar dan Austin akan memainkan peranan yang sangat penting dalam pasukan kerana mereka sebenarnya pemain yang baik. Walaupun mereka berusia 16 tahun, mereka hanya perlu berani.. mereka akan berhadapan dengan lawan yang hebat. Ini bukan kejohanan ‘kerdil’,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, Gary menyifatkan setiap perlawanan dalam kejohanan berformat liga ini adalah seumpama dengan 'perlawanan merebut pingat emas' dan berharap pemainnya akan mengambil serius setiap perlawanan.

INFO:

Kejohanan Dunia IIHF 2022

Divisyen IV

Artikel Berkaitan:

3 Mac

Malaysia lwn Kuwait

5 Mac

Malaysia lwn Kyrgyzstan

7 Mac

Malaysia lwn Iran

8 Mac

Malaysia lwn Singapura

*semua perlawanan di Gorodskoi Katok, Bishkek