4,010 kartun rokok dirampas

Polis Temerloh menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Mentakab dan merampas rokok pelbagai jenama pada Ahad.
Polis Temerloh menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Mentakab dan merampas rokok pelbagai jenama pada Ahad.
A
A
A

TEMERLOH - Polis merampas sebanyak 4,010 kartun rokok pelbagai jenama bernilai kira-kira RM800,000 disyaki tanpa cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Mentakab pada Ahad.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh itu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, serbuan kira-kira jam 1 pagi itu turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 22 dan 32 tahun.

Menurut beliau, suspek ditahan reman di bawah Seksyen 116C Akta Kastam 1967 selama 14 hari sehingga 12 Mac ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda barang kes atau RM500,000 atau penjara, minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihatkan pemilik premis mengenal pasti identiti individu yang mahu menyewa premis mereka bagi mengelakkan dijadikan tempat penyimpanan barang salah.

"Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat kegiatan atau sebarang aktiviti penyeludupan rokok tanpa cukai kepada pihak berkuasa," katanya.

Artikel Berkaitan: