KPLB teliti bantuan segera kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu

Pemandangan udara menunjukkan Pekan Rantau Panjang, Kelantan dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok ketika tinjauan pada Isnin. - Foto Bernama
Pemandangan udara menunjukkan Pekan Rantau Panjang, Kelantan dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok ketika tinjauan pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang meneliti bantuan segera yang akan diberikan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan untuk mangsa banjir di kedua-dua negeri adalah sama seperti yang disalurkan kepada Pahang dan Selangor sebelum ini.

Katanya, beliau sudah meminta agensi di bawah KPLB iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan mengambil tindakan bagi mengenal pasti bentuk bantuan segera yang boleh disalurkan kepada mangsa banjir.

"Kita juga arahkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung untuk mengambil tindakan membantu penduduk di bawah jagaan mereka yang terjejas,” katanya kepada pemberita selepas program Prapelepasan Pelajar Tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ke Luar Negara ‘Know Before You Go’ di sini, pada Isnin.

Mahdzir berkata, dari segi peruntukan, tiada peruntukan khusus diumumkan bagi bantuan segera itu setakat ini.

Beliau turut memaklumkan seramai 99 pelajar tajaan MARA akan dihantar melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Jerman dalam bidang kejuruteraan di bawah Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula Mac ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: