Banjir tidak jejaskan SPM di Kelantan

Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir semasa turun padang melawat mangsa banjir di SK Lati, Pasir Mas pada Isnin.
Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir semasa turun padang melawat mangsa banjir di SK Lati, Pasir Mas pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Kerajaan Kelantan memberi jaminan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Rabu tidak terjejas meskipun banjir masih melanda beberapa jajahan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebagai persediaan menghadapi SPM kerajaan negeri tidak menggunakan bangunan sekolah menengah sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk tahun ini.

"Saya berharap semua calon-calon SPM tidak hilang fokus dan bertenang untuk menduduki peperiksaan tersebut.

"Jangan mudah patah semangat dengan ujian yang sedang menimpa ketika ini," katanya semasa turun padang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Lati di sini, pada Isnin.

Dalam majlis tersebut Ahmad turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa yang berada di PPS tersebut.

Menurutnya, perbincangan akan diadakan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut sekiranya berlaku kecemasan selepas ini.

Beliau berkata, pelbagai aspek dilihat ditambah pula di musim Covid-19 yang sangat mementingkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Kerajaan negeri yakin banjir yang melanda Kelantan akan surut dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

"Sehubungan dengan itu kerajaan negeri mahu seluruh rakyat berdoa agar banjir kembali pulih seperti biasa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!