Perangi rasuah matlamat utama Bersatu

Sahruddin Jamal.
Sahruddin Jamal.
A
A
A

MUAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan jelas menyatakan kesungguhan parti itu perangi dan menentang budaya rasuah di negara ini.

Setiausaha Parti Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, 'tagline' Bersatu iaitu Pemimpin Amanah, Jujur dan Berintegriti merupakan bukti kukuh parti itu menolak sekeras-kerasnya budaya rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau yang juga calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong berkata, kesungguhan Bersatu menolak rasuah terbukti dengan tauladan yang ditunjukkan oleh Presiden parti itu sendiri.

"Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan beliau begitu tegas dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

"Malah seluruh masyarakat kenal beliau yang dikenali dengan panggilan mesra 'Abah' cukup komited dengan sifat kebertanggungjawaban beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.

"Abah seorang yang jujur, amanah serta berintegriti. Maka perkara yang sama juga diterapkan oleh beliau di dalam Bersatu untuk benci kepada rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengunjungi petugas dan jentera PN di Kampung Bukit Bendar, dekat sini.

Artikel Berkaitan:

Sahruddin Jamal (tengah) ditemu ramah semasa mengunjungi petugas dan jentera PN di Kampung Bukit Bendar, dekat sini.
Sahruddin Jamal (tengah) ditemu ramah semasa mengunjungi petugas dan jentera PN di Kampung Bukit Bendar, dekat sini.

Mengulas lanjut, Sahruddin berkata, semasa menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini, dia secara konsisten menolak budaya rasuah.

Malah tegasnya, kesemua barisan kepimpinan diingatkan untuk tidak mengamalkan rasuah serta salah guna kuasa.

"Semasa menjadi Menteri Besar Johor sebelum ini, saya tegaskan bahawa saya secara peribadi menolak sekeras-kerasnya amalan rasuah.

"Tidak cukup itu, saya juga tekankan perkara sama kepada barisan kepimpinan untuk sama-sama membuang budaya rasuah," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai perjalanan kempen di DUN Bukit Kepong, Sahruddin berkata, pihaknya telah lama bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan setelah berlakunya PRN di Melaka.

Menurutnya, selain memperkuatkan jentera parti di setiap bahagian, persiapan strategi juga diatur bagi mencatat kemenangan.

"Kita yakin dengan aura Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membantu parti mencatat kemenangan pada PRN kali ini di Johor.

"Slogan 'Abah Prihatin' sinonim dengan sifat beliau yang sangat prihatin dengan kebajikan seluruh rakyat terutama di negeri Johor," katanya.