IJF gantung Putin

Vladimir Putin - Foto AFP
Vladimir Putin - Foto AFP
A
A
A

PERSEKUTUAN Judo Antarabangsa (IJF) menggantung Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai presiden kehormat badan induk itu berikutan pencerobohan tentera negara tersebut ke atas Ukraine.

“Susulan konflik peperangan yang berterusan di Ukraine, Persekutuan Judo Antarabangsa mengumumkan penggantungan status Vladimir Putin sebagai Presiden Kehormat dan Duta Persekutuan Judo Antarabangsa.

“IJF juga mengambil keputusan membatalkan Grand Slam 2022 di Kazan, Rusia yang bermula dari 20 hingga 22 Mei depan,” kata Presiden IJF, Marius Vizer.

Untuk rekod, Putin berusia 69 tahun pemegang tali pinggang hitam merupakan seorang peminat tegar sukan tersebut juga telah menghasilkan buku bertajuk Judo: Sejarah, Teori, Amalan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: