Banjir: Gangguan air di 44 kawasan Hulu Terengganu

Sebanyak 44 kawasan di Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir teruk yang melanda daerah itu.
Sebanyak 44 kawasan di Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir teruk yang melanda daerah itu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Sebanyak 44 kawasan di Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir teruk yang melanda daerah ini.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) berkata, loji rawatan air di daerah ini terpaksa dihenti tugas berikutan gangguan kualiti kekeruhan air mentah yang tinggi telah masuk ke rumah pam dan melepasi keupayaan reka bentuk loji.

"Jangkaan untuk semua loji rawatan air ini beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini memandangkan kekeruhan air mentah masih lagi tidak dapat dirawat.

"Satu juga perlu memastikan semua peralatan di loji rawatan air berada dalam keadaan baik dan boleh dioperasikan tanpa membahayakan keselamatan kakitangan Satu terutama melibatkan arus elektrik," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, sebanyak empat lori tangki air sedang digerakkan secara berperingkat ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

"Satu juga memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.

"Perkembangan lanjut situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan Linkedin.

"Pengguna juga boleh hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," katanya.

Artikel Berkaitan: