Banjir di Kelantan bertambah buruk, cecah 7,253 mangsa

Anggota Briged Kelapan Infantri Malaysia memindahkan penduduk yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.
Anggota Briged Kelapan Infantri Malaysia memindahkan penduduk yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.
A
A
A
KOTA BHARU - Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila seramai 7,253 mangsa telah dicatatkan pada jam 7.21 petang pada Ahad.

Ia melibatkan 2,368 keluarga yang ditempatkan di 64 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.

Menurut laporan laman sesawang InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan yang paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir tertinggi di negeri ini ialah Pasir Mas seramai 3,918 orang diikuti Kuala Krai (1,605 orang); Tanah Merah (700 orang), Jeli (617) dan Pasir Puteh (218 orang).

Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaharu yang turut terkesan dengan banjir.

Keadaan rumah penduduk di Kampung Tasek, Rantau Panjang.
Keadaan rumah penduduk di Kampung Tasek, Rantau Panjang.

Seramai 172 orang mangsa banjir dari Machang dan 23 orang lagi dari Kota Bharu.

Sementara itu, portal ebanjir.kelantan.gov.my merekodkan tiga sungai masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Kusial (Tanah Merah), Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Golok (Rantau Panjang)

Sehubungan dengan itu, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir disarankan supaya sentiasa waspada dengan keadaan terkini cuaca.

Artikel Berkaitan: