Tuah lagu 'Assalamualaikum', jejaka Jepun popular

Instagram Faizal Tahir
Instagram Faizal Tahir
A
A
A
BARU - baru ini tular warganegara Jepun menyanyikan lagu Faizal Tahir berjudul Assalamualaikum yang dirakam oleh rakyat Malaysia ketika berkunjung ke negara matahari terbit itu.

Teruja dengan nyanyian itu, penyanyi Faizal Tahir telah memuatnaik kilp di Instagram miliknya pada 14 November lalu.

Video itu telah menarik perhatian netizen dan berjaya meraih lebih 300,000 tontonan susulan lelaki itu fasih bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Melayu.

Justeru, gara-gara permintaan daripada netizen supaya membawa lelaki itu ke Malaysia mendorong Faizal Tahir terus mencari lelaki misteri itu.

Faizal turut meminta pertolongan netizen malah akan ke Jepun untuk menyanyikan lagu Assalamualaikum bersama jejaka itu jika berjaya bertemunya.

Faizal Tahir bersama Terry dan penyampai radio SinarFM. - Foto Instagram SinarFM
Faizal Tahir bersama Terry dan penyampai radio SinarFM. - Foto Instagram SinarFM



Dengan meninggalkan tanda pagar (hashtag) #misimencarilelakijepun, Faizal nekad 'terbang' ke Jepun malah berjaya menjejaki lelaki tersebut di Ikebukuro Tokyo Jepun atas bantuan netizen dan penyanyi, Mohammad Noh Salleh.

Hari ini, di laman rasmi Instagram sebuah stesen radio, Faizal Tahir bersama Terry atau nama sebenarnya Takaaki Torihira, 24, ditemubual oleh penyampai radio dalam sebuah rancangan.

Terry juga mengemari lagu dari artis Malaysia termasuk Sufian Suhaimi.

Artikel Berkaitan:


Difahamkan, Terry akan berada di negara ini selama sebulan dan Faizal Tahir begitu teruja untuk berduet dengannya.