Banyak penjuru beri kelebihan kepada BN: Adham

Adham ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Tenggara, Kota Tinggi pada Ahad.
Adham ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Tenggara, Kota Tinggi pada Ahad.
A
A
A

KOTA TINGGI - Persaingan membabitkan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memberikan peluang lebih baik kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Adham Baba berkata, gabungan itu juga berada dalam keadaan selesa dengan sokongan daripada pengundi tradisi.

"Sebenarnya ini peluang baik bagi BN. Banyak penjuru bagus. Ia letakkan kita lebih selesa kerana kita ada pengundi asas yang telah pun kita ketahui sebelum ini.

"Jadi kalau berpecah pun dalam kalangan parti serpihan yang masuk kemudian," katanya yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Tenggara di sini pada Ahad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu memaklumkan seramai 239 calon akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor pada 12 Mac ini.

Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak tujuh DUN membabitkan pertandingan tiga penjuru, 35 DUN (empat penjuru), lapan DUN (lima penjuru), empat DUN (enam penjuru) dan dua DUN (tujuh penjuru).

Katanya, PRN Johor juga akan menyaksikan penglibatan 10 parti politik dan 16 calon bebas merangkumi 202 calon lelaki dan 37 calon wanita.

Artikel Berkaitan: