239 calon rebut 56 kerusi di Johor

Abdul Ghani (tengah) ketika berucap pada sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Sabtu
Abdul Ghani (tengah) ketika berucap pada sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 239 calon akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah berkenaan berdasarkan rekod sebaik selesai tempoh penamaan calon kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu.

Beliau berkata, PRN Johor juga akan menyaksikan penglibatan 10 parti politik dan 16 calon bebas merangkumi 202 calon lelaki dan 37 calon wanita.

“Hanya BN dan PN masing-masing akan menampilkan 56 calon, 30 calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Pejuang (42), PKR (20), Muda (tujuh), Warisan (enam), Parti Bangsa Malaysia (empat), manakala Putra dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), masing-masing satu.

“Sebanyak tujuh DUN membabitkan pertandingan tiga penjuru, 35 DUN (empat penjuru), lapan DUN (lima penjuru), empat DUN (enam penjuru) dan dua DUN (tujuh penjuru),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, pada Sabtu.

Abdul Ghani berkata, calon tertua bertanding di PRN Johor adalah di DUN Bukit Permai (PN), Tosrin Jarvanthi berusia 71 tahun, manakala dua calon termuda adalah di DUN Mengkibol (BN) dan Tangkak (Pejuang), masing-masing berusia 26 tahun.

Tempoh berkempen PRN Johor bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga 11.59 malam pada 11 Mac nanti.

Artikel Berkaitan:

Pengundian awal PRN Johor akan berlangsung pada 8 Mac, manakala hari mengundi pada 12 Mac.