Manchester United kurang tajam di Old Trafford

Ronaldo ketika melakukan percubaan ke arah gawang Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford.
Ronaldo ketika melakukan percubaan ke arah gawang Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford.
A
A
A

JENTERA depan Manchester United mempersiakan peluang melebarkan status kedudukan kelompok empat terbaik saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan kelab tangga ke-19 liga Watford.

Namun lebih malang keputusan seri di Stadium Old Trafford itu secara tidak langsung menyempitkan laluan The Red Devils untuk slot automatik saingan Liga Juara-Juara musim depan walaupun dibezakan tiga mata dengan pasukan kedudukan ketiga Chelsea yang kurang yang kurang dua perlawanan.

Lebih menarik pencabar kelompok empat terbaik Arsenal yang bersedia untuk kembali semula ke saingan Eropah musim depan berada di tempat kelima, dua mata di belakang United, namun kurang tiga perlawanan.

Cristiano Ronaldo memulakan ketumpulan barisan depan tuan rumah apabila tindakan penyudahnya terkena tiang pada minit kelima, selain percubaan dibatalkan kerana ofsaid, namun yang jelas United bergelut untuk mencipta peluang menentang pasukan kendalian Roy Hodsgon.

Bruno Fernandes pula gagal menterjemahkan dua peluang terbaik pada separuh masa pertama dalam bentuk gol manakala percubaan terbaik selepas rehat Anthony Elanga tersasar.

"Kami melakukan segala-galanya selain daripada menjaringkan gol. Akhirnya, jika anda terlepas peluang sebanyak itu, sememangnya sukar untuk memenangi perlawanan. Kami mengawal sepenuhnya hampir sepanjang perlawanan, kami tidak membenarkan Watford hampir tidak ada serangan balas.

"Kami perlu lebih tajam di hadapan gawang, anda tidak boleh mencipta lebih banyak peluang daripada yang kami lakukan hari ini. Akhirnya ia merupakan petang yang sangat mengecewakan," kata pengendali sementara United, Ralf Rangnick.

KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

Manchester United 0-0 Watford

Everton 0-1 Manchester City

Foden 82'

Leeds United 0-4 Tottenham

Doherty 10'

Kulusevski 15'

Kane 27'

Heung-Min Son 85'

Brentford 0-2 Newcastle United

Joelinton 33'

Willock 44'

Crystal Palace 1-1 Burnley

Schlupp 9'

Milivojević (GS) 46'

Brighton 0-2 Aston Villa

Cash 17'

Watkins 68'