Sila log masuk terlebih dahulu.

PRN Johor: Konvoi #RasuahBusters tiba di Tangkak

Pasukan Rasuah Busters menyampaikan mesej antirasuah kepada kumpulan penyokong parti yang berada di sekitar Dewan Serbaguna Bukit Gambir pada Sabtu.
Pasukan Rasuah Busters menyampaikan mesej antirasuah kepada kumpulan penyokong parti yang berada di sekitar Dewan Serbaguna Bukit Gambir pada Sabtu.
A
A
A

TANGKAK - Konvoi #RasuahBusters selamat tiba di Johor dengan membawa misi menyebar mesej antirasuah kepada orang ramai.

Daerah Tangkak menjadi destinasi pertama konvoi #RasuahBusters ke seluruh negeri Johor bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung dua minggu lagi.

Kru Rasuah Busters mengunjungi pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, dekat sini pagi Sabtu.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan proses sanitasi di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, dekat sini pada Sabtu.
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan proses sanitasi di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, dekat sini pada Sabtu.

Namun suasana di pusat penamaan calon di sini berhadapan sedikit 'kejutan' apabila calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Na'im Jusri didapati positif Covid-19.

Sinar Harian difahamkan beliau disahkan positif semasa menjalani ujian awal sebelum memasuki dewan bagi proses penamaan calon.

DUN Bukit Gambir menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), PKR dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Artikel Berkaitan: