[VIDEO] Petugas media pertama buat liputan PRN Johor kena kompaun

Kiang Yong menunjukkan surat kompaun dikeluarkan KKM di Dewan JKR Johor Bahru di sini, pada Sabtu.
Kiang Yong menunjukkan surat kompaun dikeluarkan KKM di Dewan JKR Johor Bahru di sini, pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wartawan akhbar mandarin menjadi petugas media pertama yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Wartawan berkenaan, Wan Kiang Yong, 42, dikenakan kompaun RM1,000 ketika membuat liputan pada Hari Penamaan Calon PRN Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru di sini, pada Sabtu.

Difahamkan, kompaun berkenaan dikenakan kepada wartawan itu ketika dirinya sedang menemuramah seorang calon Bebas yang baharu tiba di kawasan itu untuk proses penamaan bertanding di DUN berkenaan.

“Saya hanya mendekati calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefonnya.

“Sebab ketika itu memang ada wartawan lain yang turut menemuramah, tetapi saya sahaja dikenakan atas alasan terlalu rapat dengan calon berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi petugas media daripada portal Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47, bagaimanapun hanya dikenakan amaran.

"Saya akan lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas," katanya.

Artikel Berkaitan: