APM guna bot bantu bawa jenazah

APM membawa jenazah sejauh tiga kilometer menggunakan bot untuk sampai ke kubur.
APM membawa jenazah sejauh tiga kilometer menggunakan bot untuk sampai ke kubur.
A
A
A

KUALA KRAI - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Krai membantu membawa jenazah seorang penduduk Perumahan Bukit Sireh ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bedal selepas laluan utama ke kubur tersebut ditenggelami air sedalam 0.3 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapten Pertahanan Awam, Abdul Fattah Abdul Aziz ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk pada jam 11 pagi untuk meminta bantuan berkenaan.

Beliau bersama lima anggota lain kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati laluan ke kubur berkenaan terkandas akibat kenaikan air kesan dari hujan lebat sejak Khamis.

"Perjalanan dari rumah ke tanah perkuburan sejauh lima kilometer tetapi mereka menggunakan bot sejauh tiga kilometer manakala dua kilometer lagi dengan berjalan kaki," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya meneruskan bantuan sehingga urusan pengebumian selesai sepenuhnya.

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air selepas berlaku hujan berterusan sejak malam Khamis hingga pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: