Van bawa jenazah terbalik di LPT1

Mohd Azhar
Mohd Azhar
A
A
A

TEMERLOH - Sebuah van jenazah membawa jenazah seorang wanita terbalik dalam kemalangan di Kilometer 128.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.10 pagi itu, pemandu van berusia 28 tahun bersama tiga penumpang berusia 24 hingga 54 tahun yang mengiringi jenazah dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, van jenazah itu dalam perjalanan menghantar jenazah dari Banting,Selangor ke Jengka, Maran.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian di atas Jambatan Sultan Ahmad Shah II, kenderaan itu dipercayai terlanggar konkrit pembahagi laluan motosikal lalu terbabas sebelum terbalik.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.

"Urusan menghantar pulang jenazah diuruskan pihak polis menggunakan van jenazah lain," katanya.

Mohd Azhar berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09 -2716086 bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya,van jenazah yang terbabit kemalangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk pemeriksaan lanjut manakala siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.