Polis KL pertingkat tahap keselamatan kedutaan Rusia

Azmi
Azmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar Kedutaan Rusia di Jalan Ampang susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan melakukan rondaan secara berkala selama 24 jam.

Beliau berkata, ia adalah untuk memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di kedutaan sentiasa terkawal.

"Setakat hari ini, keadaan di kedutaan terkawal daripada sebarang kejadian tidak dingini,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Pada Khamis, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi tentera telah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletak senjata serta menyerah. - Bernama

Artikel Berkaitan: