PRN Johor: Warisan akan bertanding di enam DUN

Enam calon Warisan yang dipilih untuk bertanding pada PRN Johor
Enam calon Warisan yang dipilih untuk bertanding pada PRN Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Warisan mengumumkan akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, ia melibatkan DUN Pekan Nenas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

“Calon-calon yang akan bertanding adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nenas), A Sandra Segara (Bekok) dan Mohamed Noor Suleiman (Mahkota).

“Tiga nama lagi adalah Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lee Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas),” katanya.

Artikel Berkaitan: