Ukraine 'dibiarkan bersendirian' untuk melawan Rusia

VOLODYMYR ZELENSKY. - Foto AFP
VOLODYMYR ZELENSKY. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Presiden Ukraine pada Jumaat berkata, negaranya 'dibiarkan bersendirian' untuk melawan Rusia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan besar-besaran menyasarkan Kiev.

Menurut Volodymyr Zelensky, lebih 130 orang termasuk orang awam dan tentera terkorban sepanjang tempoh 24 jam pencerobohan Rusia.

"Kami telah ditinggalkan bersendirian untuk mempertahankan negara kami. Siapa yang sedia berjuang bersama kami? Saya tidak nampak sesiapa.

Tentera Ukraine dikerah bagi menangkis serangan Rusia di wilayah Lugansk. - Foto AFP
Tentera Ukraine dikerah bagi menangkis serangan Rusia di wilayah Lugansk. - Foto AFP

"Siapa yang bersedia memberi jaminan keanggotaan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)? Semua orang takut," kata Zelensky.

Pada masa sama, Zelensky - pelawak yang diangkat menjadi Presiden pada 2019 mendedahkan, bahawa kumpulan pensabotaj Rusia telah berada di ibu negara Kiev dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada serta mematuhi perintah berkurung.

Artikel Berkaitan:

Bomba memadam kebakaran selepas sebuah bangunan terkena roket dilancarkan tentera Rusia di Chuguiy di timur Ukraine. - Foto AFP
Bomba memadam kebakaran selepas sebuah bangunan terkena roket dilancarkan tentera Rusia di Chuguiy di timur Ukraine. - Foto AFP

Tambah Zelensky, ketika ini beliau dan keluarganya kekal di Ukraine biarpun sedar dirinya adalah sasaran nombor satu Rusia.

"Mereka mahu musnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara," kata Zelensky. - AFP