137 maut hari pertama serangan Rusia

Seorang lelaki terbunuh akibat terkena impak letupan mortar Rusia di Chuguiy, timur Ukraine. - AFP
Seorang lelaki terbunuh akibat terkena impak letupan mortar Rusia di Chuguiy, timur Ukraine. - AFP
A
A
A

KIEV - Presiden Volodymyr Zelensky berkata, seramai 137 warga Ukraine terkorban dan 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dengan Rusia.

"Hari ini kami telah kehilangan 137 pahlawan kami, tentera dan orang awam," kata Zelensky yang dipetik AFP pada Jumaat.

Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi Khamis.

Interfax Ukraine melaporkan, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Rusia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.

Wartawan AFP turut mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine.

Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer (km) ke selatan sempadan Rusia.

Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur. - AFP

Artikel Berkaitan: