Rosmah ke perbicaraan hari pertama AMLA, elak cukai esok

Rosmah
Rosmah
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perbicaraan hari pertama kes pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan pengelakan cukai, membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Hakim baharu yang akan mendengar kes isteri bekas Perdana Menteri itu ialah Hakim, K Muniandy selepas beliau menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan prosiding bermula 12 Mei; 28 dan 30 Jun; 6, 7, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September depan.

Mengikut pertuduhan, Rosmah, 72, didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).