Serangan Christchurch: 6 jenazah diserah kepada keluarga

Seorang lelaki berdoa di lokasi memperingati mangsa serangan pengganas berhampiran Masjid Al Noor.- Foto AFP
Seorang lelaki berdoa di lokasi memperingati mangsa serangan pengganas berhampiran Masjid Al Noor.- Foto AFP
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Enam jenazah mangsa serangan masjid Christchurch Jumaat lalu diserahkan kepada keluarga masing-masing hari ini, lapor pihak polis New Zealand.

Bagaimanapun, hanya 12 dari 50 mangsa yang terkorban telah dikenal pasti sepenuhnya.

"Pihak polis sedar kekecewaan yang dialami keluarga mangsa berhubung tempoh masa lama yang diperlukan untuk menjalankan proses pengecaman.

"Kami melakukan segala yang terdaya untuk memastikan proses dapat dijalankan secepat mungkin dan menyerahkan jenazah mangsa kepada keluarga masing-masing," kata polis dalam satu kenyataan. - AFP

Artikel Berkaitan: