'Rahimi sudah boleh beri respons'

Azrul berkongsi gambar Rahimi yang sedang mendapatkan rawatan. Foto: Facebook Azrul Mahathir Aziz.
Azrul berkongsi gambar Rahimi yang sedang mendapatkan rawatan. Foto: Facebook Azrul Mahathir Aziz.
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan pengganas di Christchurch, Rahimi Ahmad, 39, kini semakin positif dan boleh memberikan respons.

Perkara itu dimaklumkan ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang kini berada di Christchurch.

Azrul turut meminta kepada semua agar terus mendoakan Rahimi yang dijangka akan menjalani satu lagi pembedahan petang ini.

"Syukur. Rahimi semakin positif, dah boleh bagi respons. Petang ini akan dibuat pembedahan sekali lagi. Teruskan doa," katanya di Facebook, hari ini.

Azrul bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berlepas ke Christchurch kelmarin bagi mengiringi ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65, dan anak lelakinya, Roshidi, 42.

Rahimi, 39, adalah antara tiga rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood.

Rahimi dilaporkan menetapkan di negara itu bersama isterinya, Nor Azila Mohammad, 39, yang kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan serta dua anaknya, Ahmad Razif, 11 dan Nur Faiqah, 9, sejak 2014.

Artikel Berkaitan: