Warga emas ditahan bersama rokok, arak dipercayai barang seludup

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas ditahan bersama sejumlah rokok dan minuman keras dipercayai barang seludup di Taman Cemerlang, Kuala Pahang, Rompin, pagi tadi.

Suspek berusia 72 tahun dari Johor Bahru itu ditahan kira-kira jam 8.30 pagi oleh anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga yang melakukan pemantauan dan intipan di Jalan Besar Tanjung Gemuk selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti tersebut.

Komander, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta dipandu warga emas itu, pihaknya menemui dan merampas 250 kartun rokok dan 720 tin minuman keras pelbagai jenama di bahagian tempat duduk penumpang dan di dalam bonet.

Menurutnya, anggaran nilai rokok dirampas termasuk cukai dielakkan RM33,400 manakala minuman keras RM6,631.

"Kita turut merampas kereta yang digunakan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Norzaid berkata, kejayaan tangkapan itu susulan maklumat awam dan pemantauan pihaknya di lokasi berhubung aktiviti tersebut.

“Hasil pemantauan kira-kira 30 minit, anggota terlibat berjaya mengesan kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Besar, Tanjung Gemuk sebelum diiekori hingga ke lokasi dia ditahan.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: