Sila log masuk terlebih dahulu.

Hishammuddin disahkan positif Covid-19

 Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan pejabat kementerian tersebut pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (selftest) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari.

“Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Hishammuddin menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa memaklumkan beliau setakat ini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini. Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Stay safe everyone (Jaga keselamatan semua),” ujarnya.

Artikel Berkaitan: