Saringan kesihatan percuma menerusi PeKa B40

Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Golongan berpendapatan rendah berusia 40 tahun ke atas yang juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh mendapatkan saringan kesihatan percuma menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi hantaran video di Facebook beliau malam ini memaklumkan tiada pendaftaran diperlukan sebaliknya individu berkenaan boleh melayari laman sesawang PeKa B40 (www.pekab40.com.my) bagi menyemak kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) untuk memanfaatkan kemudahan itu.

"PeKa B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.

"Antara manfaat Skim PeKa B40 adalah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan,” katanya.

"Skim PeKa B40 diuruskan ProtectHealth yang menyediakan empat manfaat iaitu saringan kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000) dan insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000. - Bernama

Artikel Berkaitan: