PSM umum tanding satu kerusi pada PRN Johor

Arulchelvan (kanan) memperkenalkan Arangkannal (dua dari kanan) sebagai calon PSM bagi kerusi DUN Kota Iskandar pada Isnin.
Arulchelvan (kanan) memperkenalkan Arangkannal (dua dari kanan) sebagai calon PSM bagi kerusi DUN Kota Iskandar pada Isnin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjadi parti terbaharu yang mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi PSM, S Arulchelvan yang turut memaklumkan parti tersebut hanya akan bertanding satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar.

“PSM akan menjadi parti yang memecahkan monopoli parti politik elitis pada PRN Johor. Justeru kami ingin mengumumkan penyertaan kami pada pilihan raya kali ini.

“Ini juga merupakan detik bersejarah yang mana buat pertama kali PSM akan bertanding menggunakan logo sendiri di Johor selepas hampir 15 tahun rakan-rakan (ahli) kami terlibat sebagai aktivis di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman calon PSM pada PRN Johor di bilik gerakan N49 PSM di Kangkar Pulai di sini pada Isnin.

Pada majlis berkenaan, Arulchelvan turut memperkenalkan calon PSM yang akan bertanding di DUN Kota Iskandar iaitu R Arangkannal, 46.

Arangkannal yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kepimpinan PSM Johor sebelum ini pernah menjadi koordinator media bagi Presiden PSM, Mohd Nasir Hashim bagi Parlimen Kapar ketika di bawah gagasan Pakatan Rakyat (PR).

Artikel Berkaitan: