Nik Muhammad Zawawi dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama

Nik Muhammad Zawawi, Mohd Khairuddin
Nik Muhammad Zawawi, Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas melantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama yang baharu menggantikan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang meletak jawatan.

Khairuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus menerusi hantaran di Facebooknya turut mengucapkan tahniah kepada Nik Muhammad Zawawi atas pelantikan tersebut.

"Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makan II di atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu," katanya pada Isnin.

Khairuddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Khairuddin berkata, peletakan jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8 (7).

Artikel Berkaitan: