Rakyat Malaysia usah panik bila KJ ucap Selamat Hari Raya

Ada yang mula bermain teka-teki apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ memberi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam satu sidang medianya baru-baru ini.
Ada yang mula bermain teka-teki apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ memberi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam satu sidang medianya baru-baru ini.
A
A
A

PEJAM celik pejam celik, tak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Masing-masing sedang menghitung hari menanti bulan penuh barakah itu ketika negara masih ‘berperang' dengan Covid-19.

Merak Jalanan percaya masing-masing tak sabar nak beraya di kampung halaman tahun ini. Apa tidaknya, dah dua tahun tak dapat pulang beraya di kampung dek kerana terpaksa ‘berkurung' di rumah sendiri.

Cuma kebelakangan ini, keterujaan itu bertukar menjadi kebimbangan. Ada yang mula berdebar-debar menanti sama ada dapat beraya di kampung atau mencipta hatrik sekali lagi berjauhan dengan keluarga tersayang di pagi raya.

Melihatkan peningkatan kes Covid-19 sejak dua minggu ini, nampak gayanya kadar jangkitan semakin melonjak. Dalam kita menunggu pandemik bertukar kepada endemik, kes positif kembali mencanak naik.

Ada yang mula bermain teka-teki apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ memberi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam satu sidang medianya baru-baru ini. Dengar saja ucapan itu, makin ramailah yang panik.

Sebenarnya tidak ada apa yang perlu kita risaukan. Perdana Menteri juga telah memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pulang ke kampung bagi sambutan Aidilftri tahun ini.

Jadi sifirnya mudah - ikut saja pesan KJ dan kerajaan. Terus kawal diri masing-masing dalam memerangi Covid-19. Paling penting, dapatkan vaksin dan juga dos penggalak seperti disarankan.

Kita semua sudah trauma dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelbagai lagi sekatan. Tapi, apa yang penting kita sendiri jangan lalai. Tak perlu salahkan orang lain jika kes Covid-19 terus meningkat.

Artikel Berkaitan:

Ingat! Kita belum menang dan teruskanlah berjuang melawan Covid-19.