Pengundi boleh kenali calon menerusi media rasmi kerajaan

Parti-parti politik juga seharusnya menggunakan sebaiknya peluang yang terhidang ini kerana perkara seperti ini bukan selalunya muncul.
Parti-parti politik juga seharusnya menggunakan sebaiknya peluang yang terhidang ini kerana perkara seperti ini bukan selalunya muncul.
A
A
A

KENYATAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang berkata bahawa media rasmi kerajaan dibenarkan untuk menjadi medium memperkenalkan semua calon termasuk calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membolehkan para pengundi mengenali calon yang mahu diundi oleh mereka.

Selain daripada itu, ia turut memberi kelegaan kepada parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRN Johor bagi memperkenalkan calon-calon mereka.

Parti-parti politik juga seharusnya menggunakan sebaiknya peluang yang terhidang ini kerana perkara seperti ini bukan selalunya muncul.

Annuar turut dilapor bahawa perkara ini selaras dengan persetujuan Jemaah Menteri bahawa stesen radio dan televisyen kerajaan, boleh memainkan peranan berkenaan supaya calon lebih mudah dikenali.

"Kita benarkan selagi ia tidak bercanggah dengan peranan media rasmi kerajaan, kerana seperti yang kita tahu media rasmi kerajaan bertanggungjawab menyampaikan mesej kerajaan.

"Yang bertanding nanti adalah parti, namun begitu kerajaan juga bertanggungjawab untuk menghidupkan proses demokrasi yang menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan," katanya.

Selain daripada itu, parti-parti politik perlu menggunakan peluang ini kerana menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, amat sukar untuk para pengundi mengetahui lebih dekad siapa yang akan bertanding dalam PRN nanti.

Walaupun penganjuran ceramah, syarahan atau kempen dalam PRN Johor kali ini dibenarkan berbanding PRN sebelum ini, tetapi kehadiran yang dibenarkan hanya tidak melebihi 100 orang sahaja.

Artikel Berkaitan:

Penganjur juga perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala setiap aktiviti hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10 malam.

Jadi, dengan pengguna media rasmi kerajaan ini membolehkan pengundi dalam PRN Johor mengenali calon-calon yang dimahukan untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Bagaimanapun, di sebalik pengumuman penggunaan media rasmi kerajaan ini, tidak pernah lagi dipertontonkan menerusi kaca televisyen tentang pengenalan calon-calon parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya.

Semenjak Covid-19 melanda negara, tiga kali PRN telah berlangsung iaitu Sabah, Melaka dan Sarawak tetapi pengenalan calon-calon menerusi media rasmi kerajaan masih lagi belum ada.

Mungkinkah PRN Johor pada kali ini akan ada keajaiban pengenalan calon-calon yang akan bertanding dalam media rasmi kerajaan?