BATC 2022: Zii Jia raih mata pertama Malaysia

Zii Jia - Foto BAM
Zii Jia - Foto BAM
A
A
A

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

Biarpun tewas pada set pertama, 14-21, Zii Jia tampil garang pada set kedua untuk bangkit menewaskan Chico 21-12 seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada aksi di set penentuan menyaksikan juara seluruh England 2021 itu diberikan tentangan sengit oleh Chico, namun Zii Jia dilihat menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya bagi menokhtahkan kemenangan 21-10 sekali gus memberikan mata pertama buat skuad negara.

Artikel Berkaitan: