Gaduh sampai bawa maut

Seorang wanita yang juga pemilik sebuah kedai peralatan keselamatan maut akibat dikelar pada bahagian leher.
Seorang wanita yang juga pemilik sebuah kedai peralatan keselamatan maut akibat dikelar pada bahagian leher.
A
A
A

SERDANG - Seorang pemilik sebuah kedai peralatan keselamatan maut dipercayai dikelar pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di Jalan SP 2/2 Serdang Perdana, Seri Kembangan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan satu pergaduhan di lokasi kejadian.

"Maklumat diterima polis menerusi Kaunter Pertanyaan (EO) Balai Polis Seri Kembangan kira-kira jam 7.25 malam berhubung kejadian pergaduhan di premis perniagaan tersebut.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 29 tahun dan adalah pemilik sebuah kedai peralatan keselamatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anbalagan berkata, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: