'Beri masa seminggu lagi' - Biden

Presiden AS, Joe Biden. - AFP
Presiden AS, Joe Biden. - AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menaruh keyakinan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin memutuskan menyerang Ukraine dalam tempoh seminggu lagi.

"Setakat ini saya yakin beliau telah membuat keputusan itu," kata Biden dalam kenyataan dibuat di Rumah Putih.

Biden berkata, serangan tersebut mungkin berlaku dalam 'seminggu' atau 'hari' dan sasarannya termasuk ibu negara Kiev, sebuah bandar raya didiami 2.8 juta penduduk tidak bersalah.

Namun, beliau menyatakan masih tidak terlambat untuk Rusia kembali ke meja rundingan dan memberi amaran jika serangan berlaku, Putin seperti sengaja menutup pintu rundingan yang diusahakan Barat.

Kremlin sebelum ini menegaskan pihaknya tiak akan menyerang negara jirannya itu.

Walaubagaimanapun, AS menyatakan sebanyak 149,000 tentera Rusia masih berada di sempadan Ukraine.

Seorang wartawan AFP yang berada di sempadan Ukraine mendengar letupan dan melihat bangunan awam yang rosak di sebelah bahagian Kiev.

Dalam pada itu, seorang pegawai pertahanan AS berkata, terdapat lebih 40 peratus anggota tentera Rusia mengepung Ukraine dan mereka dilihat berada dalam kedudukan untuk berperang. - AFP

Artikel Berkaitan: