Zakaria dipilih Presiden PSKLM baharu

Zakaria Ahmad Zabidi
Zakaria Ahmad Zabidi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) yang baharu.

Perkara itu diumumkan oleh PSKLM selepas pemilihan menerusi mesyuarat agongnya yang ke-11 baru-baru ini.

Dalam pada itu, PSKLM dalam satu kenyataan pada Sabtu turut mengumumkan Pengurus Besar (Operasi Lebuhraya) dari Kumpulan Prolintas, Azmee Nin dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Toll, IJM Corporation Bhd, Wan Salwani Wan Yusoff pula dipilih sebagai Setiausaha.

Untuk makluman, PSKLM yang didaftarkan pada 9 Februari 2011 bermatlamat menjadi salah satu platform bagi menangani isu-isu penting yang berkaitan dengan operasi lebuh raya di Malaysia.

“Ia juga menjadi medium perantaraan bagi persatuan membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh pengguna bersama pihak berkepentingan seperti kadar tol, operasi, penyelenggaraan lebuh raya dan pelbagai isu yang berkaitan dengan lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: