Polis kesan pemilik Audi A4 berusia 20 tahun

Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun pemilik kepada kereta jenis Audi A4 berwarna putih bagi membantu siasatan berhubung penahanan tekong, pemandu dan 19 orang PATI di Kampung Lubok Kawah di Rantau Panjang Khamis.
Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun pemilik kepada kereta jenis Audi A4 berwarna putih bagi membantu siasatan berhubung penahanan tekong, pemandu dan 19 orang PATI di Kampung Lubok Kawah di Rantau Panjang Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga pemilik kereta jenis Audi A4 berwarna putih bagi membantu siasatan berhubung penahanan tekong, pemandu dan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Lubok Kawah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek yang dikesan itu dikenali sebagai Mohammad Shah Adnan Abdul Wahab dan beralamat di Kampung Nibong, Tok Uban di sini.

"Bertindak atas maklumat pada Khamis jam 4.30 petang semasa membuat rondaan pihak kami terserempak sebuah kereta jenis Audi A4 berwarna putih bernombor pendaftaran JPL 7898 di Kampung Nibong Tok Uban.

"Selepas memperkenalkan diri sebagai polis, suspek telah bertindak cuba untuk merempuh anggota yang bertugas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, susulan tindakan ganas suspek, anggota yang bertugas terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kereta suspek dari arah hadapan bagi tujuan memberhentikannya, bagaimanapun suspek telah bertindak memecut laju ke arah jalan besar.

Mohd Nasaruddin berkata, selepas lima kilometer mengejar suspek, pihaknya menemui kereta yang dinaikinya di hadapan sebuah rumah di Kampung Gelam, Tok Uban.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek tiada di dalam kenderaan tersebut dan telah melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu menjumpai satu dompet berjenama Louis Vuitton mengandungi kad pengenalan, lesen memandu atas nama Mohamad Shah Adnan.

Artikel Berkaitan:

"Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.

"Usaha untuk mengesan suspek sedang diteruskan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran," katanya.